Monday, April 27, 2009

PPSMI

Salam..

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dapat bertemu lagi di pagi yang indah. Kali ini aku ingin membicarakan berkenaan isu yang masih diperdebatkan sehingga sekarang. Iaitu isu PPSMI (Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris) yang dipengaruhi oleh unsur politik.

Pada pendapat aku la, isu ini tidak sepatutnya dipolitikkan. Ia melibatkan masa depan dan kecemerlangan  Bangsa Malaysia. Apakah yang ingin dicapai oleh Malaysia pada masa akan datang. Pada pendapat aku PPSMi adalah satu langkah yang diambil oleh kerajaan tanpa mengira batasan politik dan kaum. Ianya bertujuan untuk maeningkatkan keupayaan anak-anak Malaysia untuk mengusai ilmu yang paling penting di zaman sekarang iaitu Sains dan Matematik. Umum mengetahui tidak boleh dinafikan lagi Sains dan Matematik pertuturannya dalam Bahasa Inggeris. Untuk memahami ilmu ini dengan lebih mampan, kemahiran untuk memahaminya dalam bahasa Inggeris sangat penting. Seperti yang kita ketahui setiap hari ada sahaja penemuan baru terutama dalam pelajaran Sains. Oleh yang demikian kemampuan pelajar kita untuk mendalami ilmu Sains ini dengan lebih mampan perlulah dilengkapi dengan kemahiran Bahasa Inggeris. Namun begitu ramai sahabat, ahli politik, mahupun pendidik sendiri berpendapat sebaliknya. Mereka menganggap PPSMI membunuh kepentingan bahasa melayu dalam sistem pendidikan Malaysia.

Adakah kenyataan mereka berasas, dengan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris adakah wujud situasi yang menjadikan bahasa melayu luput dari saluran umum pendidikan Malaysia. PPSMI diajar sejak dari sekolah rendah lagi dan telah bermula hampir satu dekad. Oleh  yang demikian kebanyakan pelajar yang berada ditingkatan 3, 4, mahupun 5 telah dan sedang megikuti sistem PPSMI ini. Perlu diingat jikalau PPSMI ini dimansuhkan, apakah yang akan terjadi kepada pelajar-pelajar terbabit. Secara peribadi, sistem pendidikan di Malaysia terlampau banyak berubah dari semasa ke semasa meyebabkan kecelaruan pelajar-pelajar untuk memahami. Sebagai contoh, dalam jangka masa 20 tahun kebelakangan ini, sistem pendidikan kita telah mengubal banyak dasar seperti dasar sijil terbuka, sistem merit, pelajaran sivik dan banyak lagi. pengubalan dasar-dasar terbabit menimbulkan banyak kesan dari segi implementasi dan kesunguhan sisitem pendidikan itu sendiri dalam memberikan situasi terbaik bagi pelajar-pelajar untuk belajar.


No comments:

Post a Comment