Sunday, April 26, 2009

Basuh Motor CCG 3084

Salam.. 

Bertemu lagi kita hari ini. Alhamdulillah kerana dipanjangkan lagi umur pada hari ini. Sebelum meneruskan cerita untuk hari ini, aku ingin sambung sket pasal semalam. Sebenarnya maksud berperang di situ ialah lawan main Counter Strike. Itu dah jadi rutin di malam minggu. Daripada buat aktiviti tak berfaedah melilau kesana kemari, baik aku ajak budak ni berperang. At least takde la menyusahkan orang lain. Dan macam biasala kalau berperang ni aku akan menang besar sebab diorang ni belum expert lagi. So kepada sesiapa yang rasa dia hebat main Counter Strike tu bolehla kita berentap. Amacam ada berani ke?

Citer pasal hari ni pula. bangun pagi je takde apa yang menarik sangat. Sebenarnya rumah takde orang sangat. Tinggal aku, kakak dan abang ipar je. termasuklah juga baby saudara aku yang berusia 4 bulan iaitu Ain Sofia. Ayah aku pergi Kuantan manakala mak pula ada aktiviti persatuan kat Pekan Pahang. Siap mandi semua aku sarapan kat dapur. nasib baiklah abang ipar aku dah keluar belikan makanan. Kalau tidak kebulur aku. Lepas makan nasi lemak, aku teringat motor aku CCG 3084 yang dah lama tak basuh. Siap kena berak dengan burung lagi kat head motor tu. Lahanat punya burung. Dengkila tu pasal motor aku asyik berkilat je dulu. Aku mula membasuh dalam pukul 10 pagi. aku memang teliti sket bab membasuh motor ni. habis semua tempat aku sental. Siap sabun semua, aku bilas. Pastu lap pula dengan kain samapai kering. Apabila sudah kering, aku amik polish dan sapu ke seluruh motor sampai motor berkilat. Last sekali aku bubuh minyak pelincir kat rantai motor. Barulah licin dan lancar. Baru sedap nak merempit hehe. Siap semua tu aku masuk rumah dan lihat jam di dinding sudah menunjukkan pukul 12.30 tengahari. Lama juga basuh motor ni. Dua jam setengah bro. Tapi hasilnya mestilah tip-top. Bersinar-sinar.

Sebelah petangnya aku  banyak masa aku dihabiskan dengan melayari internet. Buka YM adalah Paih dengan Mawar Widuri tengah online. Layanlah kedua-duanya sekali sambil mendownload pelbagai mp3 dari internet. Sebut pasal download mp3 ni, biasanya laman web jiwang.org dan muatturun.blogspot la yang menjadi pilihan aku. Kalau korang ada laman yang lagi baik apalah salahnya jika dikongsi bersama. Takpe nanti aku cari cara macam mana nak kongsi mp3 koleksi aku dalam blog ni. Kena belajar dengan sifu aku dulu.

Petang tu dlm 5.40 mak call. Dia suruh ambil dia kat rest house. Baru sampai katanya. Bas yang membawanya dari Pekan turunkan orang kat Resthouse Jerantut ni. Waktu aku sampai situ ramai yang dah balik. Elok pulak hujan masa tu. Habis basah aku. Padahal panas je sebelum tu.

Pukul 6 petang aku dah ada kat rumah. Cuaca kat rumah ok je terang benderang lagi bersuluh. Walhal jarak rumah aku ke Resthouse Jerantut tu dalam dua kilometer je. Pelik-pelik. Aku pun mesej ke Peja ajak main badminton. Dia pun on je. Main badminton ni memang jadi rutin harian petang kitorang. Kena jaga kesihatan bro. Hidup hanya sekali. So anda pilih Sengsara atau Bahagia. 

Aku ke gelanggang menaiki CCG 3084 yang aku baru basuh tadi. Harini kami berdua je yang datang untuk bermain badminton di gelanggang rahsia kami. Tempat ni kami conquer. Takde orang lain berani kacau. Hari ni Peja dengan bersemangat. Main dua set. Set pertama sayur je aku kalahkan mamat tu. Sekali set kedua dia keluarkan aura menyerang dia dan berjaya tinggalkan aku dengan mata 18-10. Lapan mata tu aku kena tinggal. Tapi aku buat come back dan berjaya mengalahkan dia 25-23. Bukan senang nak mengalahkan aku bro. Tak puas hati? Boleh cuba. Cakap je bila.

Okla aku nak mandi ni. Esok aku citer pulak pasal gelanggang rahsia kami. Bukan calang-calang orang boleh memiliki gelanggang sendiri ni tanpa perlu berebut-rebut dengan orang lain. Okla chow. Kita jumpa lagi esok. 

Wassalam...

No comments:

Post a Comment