Thursday, July 9, 2009

Workshop Rahsia Tarikh Lahir (Post 01)



Pada hari ahad yang lepas (5/7/09) saya telah pergi ke Kuantan untuk menyertai Workshop Rahsia Tarikh Lahir yang di kelolakan oleh Dr Azizan Osman. Pada mulanya saya pun tidak tahu menahu berkenaan worksyop ni tapi Cikgu Azman yang mempromosikan kepada saya. Cikgu Azman ni dahulu adalah Guru Penolong Kanan Kokurikulum di SMKJ ini. Tapi telah di tukarkan ke SMK Temin bagi menjawat jawatan yang sama pada akhir bulan Jun yang lalu.

Nak jadi ceritanya pada suatu hari tu semasa bermain badminton di dewan SMKJ, Cikgu Azman mengajak saya untuk mengikuti Workshop ni kerana dia sudah membeli tiga tiket dan masih terdapat satu lagi tiket yang kosong. Tanpa ragu-ragu saya terus menerima pelawaan beliau. Lagipun saya pernah terlihat iklannya di TV3 dan juga akhbar harian metro. Kebetulan pula setelah tiba di rumah, ibu saya menceritakan pasal workshop tersebut. Eh kebetulan pulak. mungkin dah ditakdirkan saya perlu pergi ke sana. Apabila saya ceritakan kepada rakan-rakan yang lain, mereka juga tertarik dan ingin kesana. Saya usahakan juga untuk mereka tetapi malangnya ianya sudah terlewat dan pihak tiket enggan untuk menguruskan pengeposan tiket tersebut.

(Bersambung)

No comments:

Post a Comment