Thursday, February 18, 2010

Kasut Sukan Apacs



Hari ini aku telah membeli sepasang kasut sukan jenama Apacs. Kasut tersebut agak cantik bagi aku. Berwarna silver dan berjalur merah. Aku sebenarnya terpaksa membeli kasut baru untuk main badminton.

Kisahnya bermula apabila kasut Yonex aku mula rosak. Gamnya mula longkah. Aku hantar kedai jahit. Kemudian longkah juga. Akhir sekali tapak kasut tersebut haus dan tumit belakangnya pecah hingga tidak boleh diperbaiki. Terlebih dahulu aku telah membuat survey kasut sukan yang sedap dipakai. Kebanyakan rakan yang bermain badminton denganku mencadangkan beberapa jenama iaitu Apacs, Fleet, ataupun Pro Ace. Ada juga yang mencadangkan Line 7.

Maka petang tadi aku pergilah ke Rajan Store dan membeli kasut jenama Apacs. Harga yang diletak RM 79. Minta kurang dapatla RM70 sahaja. Tapi tokei kedai tu masam je hari ni. Tak cakap apa pun. Sekurangnya cakaplah terima kasih masa bayar tu. Ini senyap je langsung tak cakap apa. Mampus aku tak beli dah dengan dia lepas ni.

Petang tersebut aku bermain di Dewan Gemilang, Sek Men Keb Jerantut. Ternyata kasut yang dibeli tersebut memang sedap dipakai. Ditambah lagi dengan permainan aku yang sangat menjadi petang tu. Sememangnya aku sangat berpuas hati dengan kasut tersebut. So kepada yang berhajat membeli kasut sukan, bolehlah membeli kasut jenama Apacs. Memang berbaloi-baloi...