Thursday, July 30, 2009

Tuesday, July 21, 2009

Thursday, July 9, 2009

Workshop Rahsia Tarikh Lahir (Post 01)



Pada hari ahad yang lepas (5/7/09) saya telah pergi ke Kuantan untuk menyertai Workshop Rahsia Tarikh Lahir yang di kelolakan oleh Dr Azizan Osman. Pada mulanya saya pun tidak tahu menahu berkenaan worksyop ni tapi Cikgu Azman yang mempromosikan kepada saya. Cikgu Azman ni dahulu adalah Guru Penolong Kanan Kokurikulum di SMKJ ini. Tapi telah di tukarkan ke SMK Temin bagi menjawat jawatan yang sama pada akhir bulan Jun yang lalu.

Nak jadi ceritanya pada suatu hari tu semasa bermain badminton di dewan SMKJ, Cikgu Azman mengajak saya untuk mengikuti Workshop ni kerana dia sudah membeli tiga tiket dan masih terdapat satu lagi tiket yang kosong. Tanpa ragu-ragu saya terus menerima pelawaan beliau. Lagipun saya pernah terlihat iklannya di TV3 dan juga akhbar harian metro. Kebetulan pula setelah tiba di rumah, ibu saya menceritakan pasal workshop tersebut. Eh kebetulan pulak. mungkin dah ditakdirkan saya perlu pergi ke sana. Apabila saya ceritakan kepada rakan-rakan yang lain, mereka juga tertarik dan ingin kesana. Saya usahakan juga untuk mereka tetapi malangnya ianya sudah terlewat dan pihak tiket enggan untuk menguruskan pengeposan tiket tersebut.

(Bersambung)

Monday, April 27, 2009

PPSMI

Salam..

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dapat bertemu lagi di pagi yang indah. Kali ini aku ingin membicarakan berkenaan isu yang masih diperdebatkan sehingga sekarang. Iaitu isu PPSMI (Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris) yang dipengaruhi oleh unsur politik.

Pada pendapat aku la, isu ini tidak sepatutnya dipolitikkan. Ia melibatkan masa depan dan kecemerlangan  Bangsa Malaysia. Apakah yang ingin dicapai oleh Malaysia pada masa akan datang. Pada pendapat aku PPSMi adalah satu langkah yang diambil oleh kerajaan tanpa mengira batasan politik dan kaum. Ianya bertujuan untuk maeningkatkan keupayaan anak-anak Malaysia untuk mengusai ilmu yang paling penting di zaman sekarang iaitu Sains dan Matematik. Umum mengetahui tidak boleh dinafikan lagi Sains dan Matematik pertuturannya dalam Bahasa Inggeris. Untuk memahami ilmu ini dengan lebih mampan, kemahiran untuk memahaminya dalam bahasa Inggeris sangat penting. Seperti yang kita ketahui setiap hari ada sahaja penemuan baru terutama dalam pelajaran Sains. Oleh yang demikian kemampuan pelajar kita untuk mendalami ilmu Sains ini dengan lebih mampan perlulah dilengkapi dengan kemahiran Bahasa Inggeris. Namun begitu ramai sahabat, ahli politik, mahupun pendidik sendiri berpendapat sebaliknya. Mereka menganggap PPSMI membunuh kepentingan bahasa melayu dalam sistem pendidikan Malaysia.

Adakah kenyataan mereka berasas, dengan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris adakah wujud situasi yang menjadikan bahasa melayu luput dari saluran umum pendidikan Malaysia. PPSMI diajar sejak dari sekolah rendah lagi dan telah bermula hampir satu dekad. Oleh  yang demikian kebanyakan pelajar yang berada ditingkatan 3, 4, mahupun 5 telah dan sedang megikuti sistem PPSMI ini. Perlu diingat jikalau PPSMI ini dimansuhkan, apakah yang akan terjadi kepada pelajar-pelajar terbabit. Secara peribadi, sistem pendidikan di Malaysia terlampau banyak berubah dari semasa ke semasa meyebabkan kecelaruan pelajar-pelajar untuk memahami. Sebagai contoh, dalam jangka masa 20 tahun kebelakangan ini, sistem pendidikan kita telah mengubal banyak dasar seperti dasar sijil terbuka, sistem merit, pelajaran sivik dan banyak lagi. pengubalan dasar-dasar terbabit menimbulkan banyak kesan dari segi implementasi dan kesunguhan sisitem pendidikan itu sendiri dalam memberikan situasi terbaik bagi pelajar-pelajar untuk belajar.


Sunday, April 26, 2009

Basuh Motor CCG 3084

Salam.. 

Bertemu lagi kita hari ini. Alhamdulillah kerana dipanjangkan lagi umur pada hari ini. Sebelum meneruskan cerita untuk hari ini, aku ingin sambung sket pasal semalam. Sebenarnya maksud berperang di situ ialah lawan main Counter Strike. Itu dah jadi rutin di malam minggu. Daripada buat aktiviti tak berfaedah melilau kesana kemari, baik aku ajak budak ni berperang. At least takde la menyusahkan orang lain. Dan macam biasala kalau berperang ni aku akan menang besar sebab diorang ni belum expert lagi. So kepada sesiapa yang rasa dia hebat main Counter Strike tu bolehla kita berentap. Amacam ada berani ke?

Citer pasal hari ni pula. bangun pagi je takde apa yang menarik sangat. Sebenarnya rumah takde orang sangat. Tinggal aku, kakak dan abang ipar je. termasuklah juga baby saudara aku yang berusia 4 bulan iaitu Ain Sofia. Ayah aku pergi Kuantan manakala mak pula ada aktiviti persatuan kat Pekan Pahang. Siap mandi semua aku sarapan kat dapur. nasib baiklah abang ipar aku dah keluar belikan makanan. Kalau tidak kebulur aku. Lepas makan nasi lemak, aku teringat motor aku CCG 3084 yang dah lama tak basuh. Siap kena berak dengan burung lagi kat head motor tu. Lahanat punya burung. Dengkila tu pasal motor aku asyik berkilat je dulu. Aku mula membasuh dalam pukul 10 pagi. aku memang teliti sket bab membasuh motor ni. habis semua tempat aku sental. Siap sabun semua, aku bilas. Pastu lap pula dengan kain samapai kering. Apabila sudah kering, aku amik polish dan sapu ke seluruh motor sampai motor berkilat. Last sekali aku bubuh minyak pelincir kat rantai motor. Barulah licin dan lancar. Baru sedap nak merempit hehe. Siap semua tu aku masuk rumah dan lihat jam di dinding sudah menunjukkan pukul 12.30 tengahari. Lama juga basuh motor ni. Dua jam setengah bro. Tapi hasilnya mestilah tip-top. Bersinar-sinar.

Sebelah petangnya aku  banyak masa aku dihabiskan dengan melayari internet. Buka YM adalah Paih dengan Mawar Widuri tengah online. Layanlah kedua-duanya sekali sambil mendownload pelbagai mp3 dari internet. Sebut pasal download mp3 ni, biasanya laman web jiwang.org dan muatturun.blogspot la yang menjadi pilihan aku. Kalau korang ada laman yang lagi baik apalah salahnya jika dikongsi bersama. Takpe nanti aku cari cara macam mana nak kongsi mp3 koleksi aku dalam blog ni. Kena belajar dengan sifu aku dulu.

Petang tu dlm 5.40 mak call. Dia suruh ambil dia kat rest house. Baru sampai katanya. Bas yang membawanya dari Pekan turunkan orang kat Resthouse Jerantut ni. Waktu aku sampai situ ramai yang dah balik. Elok pulak hujan masa tu. Habis basah aku. Padahal panas je sebelum tu.

Pukul 6 petang aku dah ada kat rumah. Cuaca kat rumah ok je terang benderang lagi bersuluh. Walhal jarak rumah aku ke Resthouse Jerantut tu dalam dua kilometer je. Pelik-pelik. Aku pun mesej ke Peja ajak main badminton. Dia pun on je. Main badminton ni memang jadi rutin harian petang kitorang. Kena jaga kesihatan bro. Hidup hanya sekali. So anda pilih Sengsara atau Bahagia. 

Aku ke gelanggang menaiki CCG 3084 yang aku baru basuh tadi. Harini kami berdua je yang datang untuk bermain badminton di gelanggang rahsia kami. Tempat ni kami conquer. Takde orang lain berani kacau. Hari ni Peja dengan bersemangat. Main dua set. Set pertama sayur je aku kalahkan mamat tu. Sekali set kedua dia keluarkan aura menyerang dia dan berjaya tinggalkan aku dengan mata 18-10. Lapan mata tu aku kena tinggal. Tapi aku buat come back dan berjaya mengalahkan dia 25-23. Bukan senang nak mengalahkan aku bro. Tak puas hati? Boleh cuba. Cakap je bila.

Okla aku nak mandi ni. Esok aku citer pulak pasal gelanggang rahsia kami. Bukan calang-calang orang boleh memiliki gelanggang sendiri ni tanpa perlu berebut-rebut dengan orang lain. Okla chow. Kita jumpa lagi esok. 

Wassalam...

Boring


Adui boring sungguh hari ni. Bangun pagi je tak tau nak buat apa. Buka YM sekali ada Mawar Widuri tengah online. Okla bolehla aku layan cik cute ni sebentar. Mawar Widuri ni antara rakan sekerja aku yang paling cute. Memang bergetah bro. Tapi sayangnya dia dah bertunang dan akan berkahwin bulan 6 tahun ni.

Tengahari tu pula makin bosan. Nak ajak Peja keluar pergi temerloh dia malas pulak. Entah apa entah yang dia buat di rumah tu. Memerap jela yang dia tau. Perut pula makin lapar. So aku msgla budak peja ni ajak makan KFC. Tunggu punya tunggu senyap je budak ni. Hidup ke lagi budak ni?

Petang lagi makin bosan. Puas dah tidur. Dalam pukul 6 aku msg peja tanya jadi tak main badminton. Senyap je. aku msgla sekali lagi. Pun masih senyap. Aku pun buatlah anggapan dia tak nak main ni. Tak pun tengah membuta. Aku pun start enjin motor yang tak pernah dihidupkan lagi hari ni. Niat tu nak pergi hantar basuh. Malas nak basuh motor ni. Sekali tempat yang aku target nak basuh tu tu tutup daa. Rondala tempat yang lagi satu. Aku tengok sunyi je tempat tu siap ramai orang berlepak lagi. Tapi kereta yang nak dibasuh takde. Ah seganlah aku macam ni. Cancellah. Maybe sebab dah lewat sangat waktu tu. Dah pukul 6.30 pun. hari ni pulak hari sabtu.

Malam tu pula ajak peja keluar makan. Nasib baik balas pulak mamat ni. Pergilah makan kat kedai makan Tasnim yang biasa kami lepak tu. Peja sedap je melantak nasi goreng ayam. Aku pula nak diet la malam ni. Tak nak makan nasi. So aku orderla Mee Hailam. Layan bro kedai ni. pinggan besar macam pinggan hotel. Dalam pukul 10.30 orang call aku ajak berperang. Cis pantang keturunan nenek moyang aku kalau orang ajak berperang aku tolak. Berani sangat dia ni. Aku pun jawab "Ko tunggu situ, jap lagi aku sampai. Ingat aku takut ke?". Nak tau apa yang kami berperang tu? Tunggulah post yang seterusnya. Chaiyok