Tuesday, October 11, 2011

Thursday, December 30, 2010

Perlawanan badminton




Hari ini kali pertama bermain badminton setelah lebih sebulan tidak bermain. Sebelum ini, aku selalu main badminton. Boleh dikatakan hampir setiap hari. Tetapi disebabkan dewan SMK Jerantut terpaksa ditutup untuk memberi laluan kepada Peperiksaan SPM, maka terpaksalah berehat selama lebih sebulan.

Memang penat terasa bila bermain tadi. Bayangkanlah dah lama berhenti tetiba mula main semula dengan kuat. Apapun tadi aku berpuas hati sebab dapat main tiga set.

Set pertama aku partner dengan faizol. Kalah tadi 21-18. Lawan aku masa tu Ustaz Anarudin dengan Asmui. Kira ok jugalaj tadi sebab lama tak mainlah katakan.

Set kedua pula aku partner dengan cikgu Wan Zakri. Lawan aku pula cikgu Mat Jusoh dengan Abg Zhafir. Kali ni aku menang 21-18.

Set ketiga pula aku tewas 21-18. Tak sangka sama semua angka mata permainan hari ini. Kali ini aku regu dengan Mat Duan lawan Cikgu Wan Zakri dan Abg Zhafir. Aku dah penat gila masa tu. Kami leading pada mulanya tapi bila dah sampai mata 15 aku dah pancit habis. Maka kalah la jua kami akhirnya. Adui penat. Oklah aku nak pergi mandi dulu. Chow...

- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Jalan Sungai Jan,Jerantut,Malaysia

Wednesday, December 29, 2010

Malaysia Juara AFF Suzuki Cup





Malam ini pertembungan dua gergasi bola sepak Asia tenggara. Pertembungan ini di antara Malaysia dan Indonesia di pentas akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno Indonesia. Kedudukan terkini ialah 1-2 tetapi Malaysia masih lagi mendahului dengan agregat 4-2.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Stadium Gelora Bung Karno, Indonesia

Thursday, February 18, 2010

Kasut Sukan Apacs



Hari ini aku telah membeli sepasang kasut sukan jenama Apacs. Kasut tersebut agak cantik bagi aku. Berwarna silver dan berjalur merah. Aku sebenarnya terpaksa membeli kasut baru untuk main badminton.

Kisahnya bermula apabila kasut Yonex aku mula rosak. Gamnya mula longkah. Aku hantar kedai jahit. Kemudian longkah juga. Akhir sekali tapak kasut tersebut haus dan tumit belakangnya pecah hingga tidak boleh diperbaiki. Terlebih dahulu aku telah membuat survey kasut sukan yang sedap dipakai. Kebanyakan rakan yang bermain badminton denganku mencadangkan beberapa jenama iaitu Apacs, Fleet, ataupun Pro Ace. Ada juga yang mencadangkan Line 7.

Maka petang tadi aku pergilah ke Rajan Store dan membeli kasut jenama Apacs. Harga yang diletak RM 79. Minta kurang dapatla RM70 sahaja. Tapi tokei kedai tu masam je hari ni. Tak cakap apa pun. Sekurangnya cakaplah terima kasih masa bayar tu. Ini senyap je langsung tak cakap apa. Mampus aku tak beli dah dengan dia lepas ni.

Petang tersebut aku bermain di Dewan Gemilang, Sek Men Keb Jerantut. Ternyata kasut yang dibeli tersebut memang sedap dipakai. Ditambah lagi dengan permainan aku yang sangat menjadi petang tu. Sememangnya aku sangat berpuas hati dengan kasut tersebut. So kepada yang berhajat membeli kasut sukan, bolehlah membeli kasut jenama Apacs. Memang berbaloi-baloi...

Thursday, July 30, 2009

Tuesday, July 21, 2009

Thursday, July 9, 2009

Workshop Rahsia Tarikh Lahir (Post 01)



Pada hari ahad yang lepas (5/7/09) saya telah pergi ke Kuantan untuk menyertai Workshop Rahsia Tarikh Lahir yang di kelolakan oleh Dr Azizan Osman. Pada mulanya saya pun tidak tahu menahu berkenaan worksyop ni tapi Cikgu Azman yang mempromosikan kepada saya. Cikgu Azman ni dahulu adalah Guru Penolong Kanan Kokurikulum di SMKJ ini. Tapi telah di tukarkan ke SMK Temin bagi menjawat jawatan yang sama pada akhir bulan Jun yang lalu.

Nak jadi ceritanya pada suatu hari tu semasa bermain badminton di dewan SMKJ, Cikgu Azman mengajak saya untuk mengikuti Workshop ni kerana dia sudah membeli tiga tiket dan masih terdapat satu lagi tiket yang kosong. Tanpa ragu-ragu saya terus menerima pelawaan beliau. Lagipun saya pernah terlihat iklannya di TV3 dan juga akhbar harian metro. Kebetulan pula setelah tiba di rumah, ibu saya menceritakan pasal workshop tersebut. Eh kebetulan pulak. mungkin dah ditakdirkan saya perlu pergi ke sana. Apabila saya ceritakan kepada rakan-rakan yang lain, mereka juga tertarik dan ingin kesana. Saya usahakan juga untuk mereka tetapi malangnya ianya sudah terlewat dan pihak tiket enggan untuk menguruskan pengeposan tiket tersebut.

(Bersambung)